Salam Ramadan Kareem. Sempena Ramadan 2016 tahun ini, saya telah mengambil satu langkah ke hadapan dengan membuat satu blog. Saya bukanlah seorang penulis dan tak pernah terfikir pun untuk membuat blog.
Walaupun suami saya sudah beberapa kali menyuruh saya membuat blog tapi saya hanya tangguhkan dahulu. Selepas saya menyertai IMKK, Dr Azizan ada mengatakan untuk memperluaskan empayar media sosial dan jangan hanya menumpkan kepada satu medium saja. Cik Kumbang ada juga menerangkan penggunaan blog dalam perniagaan.
Kenapa blog ini dinamakan The Shoelogy? Ini kerana saya diberikan peluang oleh FRKL21 untuk menjadi dropship agent yang sah #FRKL007. Mana tahu di kemudian hari, InsyaAllah dapat peluang untuk mengeluarkan jenama kasut sendiri. Korang boleh follow IG TheShoelogy kalau nak cari kasut-kasut raya yang lawa serta meletop!
Ikuti perjalanan The Shoelogy dalam menempuhi liku-liku kehidupan, tips-tips perniagaan, perkongsian elmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Yang Terbaik Hanya Akan Bermula
Reviewed by topijermen
on
Monday, June 06, 2016
Rating:

No comments: