banner image

Tips Beli Kasut Supaya Cantik Dan Selesa

Kasut bukan sahaja sebagai alas kaki tetapi ianya sebagai fesyen untuk wanita. Banyak rekaan pada kasut wanita yang telah membuat kita menjadi bingung. Ada antara kita membeli kerana rekaannya yang cantik namun menepikan aspek keselesaan.   


Oleh itu saya ingin berkongsi sedikit tips untuk para wanita dalam membeli kasut terutama ketika bershopping kasut raya nanti.
 
SAIZ KASUT
Bergantung kepada rekaan kasut, saiz kasut mungkin berbeza mengikut jenama. Anda juga hendaklah tahu saiz kasut dalam saiz Eropah kerana jenama terkemuka selalu menggunakan saiz ini. Untuk carta saiz kasut boleh check di sini.

WARNA KASUT 

Pilih kasut yang sesuai warnanya dengan pakaian anda supaya ianya kelihatan menarik dan sesuai dengan penampilan anda. Warna yang kontra mungkin akan mencacatkan penampilan anda. Warna-warna yang "safe" adalah seperti hitam, putih, kelabu, coklat atau krim kerana ianya sesuai dipadankan dengan apa jua warna pakaian.

BUKU LALI 

Jika anda mempunyai buku lali yang besar, elakkan membeli kasut yang mempunyai tali di buku lali. Ianya akan menampakkan buku lali anda bertambah besar. Pilih kasut pump atau slingback yang akan buat kaki anda nampak lebih panjang
 
Kalau anda ingin membeli kasut raya yang cantik dan selesa bolehlah singgah IG The Shoelogy. Saya juga salah seorang agen FRKL21 ID #FRKL007. Jangan lupa follow saya di The Shoelogy yer.


Tips Beli Kasut Supaya Cantik Dan Selesa Tips Beli Kasut Supaya Cantik Dan Selesa Reviewed by Unknown on Thursday, June 09, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.