banner image

6 Kombinasi OOTD Dengan Kasut Merah

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!
 
Pastinya kemeriahan Hari Raya masih lagi terasa dan sudah semestinya banyak jemputan rumah terbuka yang harus dipenuhi. Tapi kadang-kadang tak pasti nak sesuaikan kasut dan pakaian yang nampak sesuai dengan penampilan kita.



Saya percaya setiap wanita seharusnya memiliki sepasang high heels berwarna merah. Warna yang garang sudah pasti akan menyerlahkan style anda. Namun agak susah untuk menyesuaikan kasut berwarna merah dengan pemakaian kita.

Alasan utama para wanita untuk mengelak memakai kasut berwarna merah adalah kerana tidak tahu kombinasi yang sesuai untuk digayakan. Tapi jika anda mempunyai keberanian yang tinggi apa kata cuba 6 kombinasi OOTD yang sesuai untuk kasut berwarna merah ini.
 
 
1. Pakaian Putih Dan Kasut Merah

Jika anda peminat pakaian berwarna putih, kasut berwarna merah akan menaikkan lagi style anda. Tapi, jika anda rasa warna merah agak keterlaluan boleh juga dipadankan dengan kasut berwarna burgundy untuk mengurangkan kontra warna merah tersebut

2. Hitam dan Merah

Jawapan paling senang untuk mengayakan kasut berwarna merah. Pakaian berwarna hitam sangat sesuai dipadankan. Anda akan lebih tampak sensasi dan lebih menonjol dari tetamu yang lain.

3. Biru dan Merah
JDT! Selain warna putih dan hitam, warna biru juga amat sesuai dengan kasut merah anda. Tidak kisah sama ada baby blue, cobalt blue atau navy blue semuanya sangat sesuai dan cantik!

4. Pakaian Bercorak dan Merah

Ramai yang mengelak untuk memakai pakaian bercorak dan memadankan kasut berwarna merah. Ianya tidaklah sukar. Pastikan pakaian tersebut mempunyai warna asas seperti hitam, putih atau kelabu dan pastikan ianya mempunyai corak merah yang sama.

5. Jeans dan Kasut Merah

Sepasang seluar jeans dan kasut merah dan anda tidak akan salah mengenainya. Ianya satu trend yang klasik. Boleh juga dipadankan dengan blouse putih. 
 
6. Kombinasi Hitam Putih Dan Merah
 
Kombinasi pakaian hitam dan putih dan kasut merah akan hanya menyerlahkan anda lebih glamour dan fabulous.
6 Kombinasi OOTD Dengan Kasut Merah 6 Kombinasi OOTD Dengan Kasut Merah Reviewed by Unknown on Tuesday, July 12, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.