banner image

"Bekas Suami Sibuk "Berperang" Sampai Lupa Ucap Hari Jadi Anak" - Luah Elly Mazlein


Penuh dengan cerita panas dan kontroversi sebelumnya, kali ini Elly Mazlein kembali menjadi perhatian.

Ini kerana pelakon dan penyanyi sensasi ini mengeluarkan kenyataan yang bekas suaminya, Azmi Hatta sibuk 'berperang' sampai tiada masa untuk mengambil tahu tentang hal anaknya, Putri Sara Sefhia, 1.

Malah menutut Elly, Azmi selalu tidak memberi nafkah anak tepat pada waktunya.

“Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa," katanya pada Utusan Online.

Paling merobek hatinya bila Azmi langsung tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada anaknya yang menyambut ulang tahun pertamanya pada 9 Mac lepas.

“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada." 

Walaupun kecewa, Elly tetap mengadakan majlis ulang tahun pertama anaknya yang dihadiri oleh ahli keluarga, teman-teman rapat dan juga rakan artis.

Ini semua dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Diharap Elly Mazlein terus cekal dan tabah dalam membesarkan puteri kesayangannya.
"Bekas Suami Sibuk "Berperang" Sampai Lupa Ucap Hari Jadi Anak" - Luah Elly Mazlein "Bekas Suami Sibuk "Berperang" Sampai Lupa Ucap Hari Jadi Anak" - Luah Elly Mazlein Reviewed by Unknown on Saturday, March 11, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.