banner image

Cerahkan Bawah Lenganmu Sis Dengan Guna Isi Betik


Kaum wanita khasnya sentiasa mahukan kulit yang cerah bukan sahaja pada wajah, malah kesemua bahagian badan. 

Ini termasuklah di celahan bawah lengan yang sering kali dikatakan menjadi masalah seperti parut hitam, kesan cukuran dan tak kurangnya bau masam. Aduh!

Nampak macam memalukan namun jika dibiarkan, tidak selesailah masalah tersebut. Jangan risau sebenarnya terdapat banyak remedi dan juga petua yang boleh digunakan untuk membersihkan bawah lengan bukan sahaja memiliki kulit sehalus sutera, malah cerah dan juga bebas noda hitam.

Usah gusar, ia bukan petua yang memedihkan kerana ia tidak menggunakan langsung bahan berasid seperti limau atau pun lemon. Sebaliknya bahan yang digunakan adalah agen pencerah kulit yang sangat efektif, iaitu buah papaya atau betik. 

Bagi yang tidak tahu, buah ini sangat berkesan untuk mencerahkan kulit sekaligus memudarkan parut hitam dan juga zon bawah lengan yang gelap. 

Betik mempunyai enzim yang mampu menanggalkan set kulit mati dan juga tinggi kandungan papain dan juga vitamin A yang bersifat anti-oksidan. Sebab itu wujudnya produk kosmetik berasaskan betik, kan?

Bahan-bahan:

1. Isi betik 

2. Madu secukupnya

Cara-caranya:

1. Hancurkan isi betik.

2. Masukkan 1 sudu madu ke dalam mangkuk berisi isi betik tadi. Gaul rata.

3. Sapukan pes ini pada bawah lengan sebelum anda mandi. Lakukan selang sehari dan pasti anda akan terkejut dengan hasilnya. Selamat mencuba sis! 
Cerahkan Bawah Lenganmu Sis Dengan Guna Isi Betik Cerahkan Bawah Lenganmu Sis Dengan Guna Isi Betik Reviewed by Unknown on Friday, April 28, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.