Assalamualaikum
Hari ini tiada yang menarik selain nak 'membebel'. Tapi 'bebelan' yang positif saja. Ok, ramai yang tanya Fara "Kau buat ape sekarang?" Soalan yang biasa dengar especially Hari Raya baru-baru ini. So, jawapan standard yang akan terkeluar dari mulut ini ialah "Fara buat bisnes sekarang".
Tapi kebanyakkan orang akan skeptical dan pelbagai soalan tambahan terpacul. "Boleh ke tampung bil-bil dan kehidupan dengan berniaga tu?" Belum lagi dengar ayat "nak meniaga tapi tiada modal" atau "nak niaga tapi anak kecil lagi" dan pelbagai seribu satu alasan. Tapi belum cuba dah letak satu tembok penghalang yang lebih tinggi dari Tembok Berlin! So, hari ni Fara akan share 5 Halangan Manusia Untuk Berjaya.
1. Skeptical dan Ego
Semua orang ada perasaan was-was kerana tidak faham tentang sesuatu perkara tersebut. Tambahan lagi perasaan ego pula sangatlah tinggi seperti Burj Khalifa. Skepticism dan egoism ini hanya akan menghalang kita dari berjaya. Carilah circle yang positif dan anda pasti akan jadi lebih produktif.
2. Rasa Takut
Semua orang ada rasa takut. Tapi dengan adanya ELMU, Insya-Allah rasa takut itu akan berkurangan. Ada juga yang takut pada kemiskinan maka haruslah mempunyai strategi dan persedian untuk mengelak perkara tersebut. Yang paling 'best' ialah takut dikritik. Kritikan yang tidak memberi manfaat janganlah dilayan atau "AAK" saja. (Ada Aku Kesah?). Janganlah takut untuk memulakan sesuatu. Bak kata pepatah orang putih "Take a Leap of Faith". Rezeki tidak salah alamatnya jika kita banyak "submit" pada Allah.
3. Pengaruh Kawan Yang Negatif
Berkawan biar beribu tapi carilah kawan atau circle yang positif. Kawan yang sentiasa bersikap positif akan memberi momentum kepada kita untuk bersikap positif juga.
4. Suka Bertangguh / 1001 alasan
Rasanya ini halangan paling besar untuk kita berjaya. Jangan bagi alasan tunggu modal cukup baru nak mula. Nak tunggu duit cukup memang sampai bila pun tak akan start. Hello nak tunggu sampai bila? It is now or never. Kita rasa kita punya masa yang banyak tapi percayalah masa itu tidak akan menunggu kita.
5. Hangat2 taik ayam / Malas / Tak konsisten
Penyakit paling besar dalam diri kita. Kalau dibiarkan ianya akan menjadi kanser dalam diri. Bila dah jadi malas akan jadi tak konsisten dan seterusnya hangat-hangat taik ayam. Projek/idea dah bagus tapi bila penyakit malas dah menjadi darah daging dalam diri, satu benda pun tak akan jadi.
Ok, dah cukup 5 halangan manusia untuk berjaya. Tidak dinafikan Fara pun ada semua penyakit di atas tapi, Alhamdullilah selepas pulang dari IMKK dapat cahaya pencerahan yang banyak. Circle-circle pun dah bertambah baik. Syukur. Nanti Fara akan sambung topik Power of 21.
Love,
Fara
5 Halangan Untuk Berjaya
Reviewed by Unknown
on
Saturday, July 23, 2016
Rating:

No comments: