banner image

Cara Unik 5 Wanita Negara Asia Elak Kulit Gelap

Kulit putih dan cerah sentiasa menjadi idaman setiap wanita. Dan semestinya krim tabir suria menjadi peneman kepada setiap wanita kala melangkah keluar dari rumah bagi mengelak dari kulit bertukar gelap.

Selain itu terdapat juga cara unik yang dilakukan oleh wanita serata untuk meghindari kulit gelap. Jom intai cara unik wanita asia lakukan demi memiliki kulit lebih cerah.


1. China

Memiliki wajah putih berseri adalah satu kemestian bagi wanita China. Disebabkan oleh itu, wanita China memakai facekini ketika berjemur di tepi pantai. Facekini merupakan topeng muka yang direka khas untuk dipakai bersama pakaian renang untuk menutup muka bagi mengelakkan kulit wajah menjadi gelap.

2. Thailand

Wanita negeri gajah putih ini mempercayai bahawa sabun putih yang diperbuat dari sperma ikan salmon dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cerah. Walaupun sabun tersebut belum mendapat kelulusan dari pihak kerajaan.

3. Korea Selatan

Korea Selatan terkenal dengan rutin 10 hingga 14 langkah penjagaan wajah. Langkah penjagaan kecantikan ini terdiri dari dua jenis pembersih wajah, pelembap, esen, krim ekfoliasi (scrub), toner, serum wajah, pupur wajah, krim mata dan pupur mata. Langkah kecantikan ini sudah menjadi ikutan negara-negara lain.

4. India 

Menurut kajian yang dilakukan oleh AC Nielsen pada tahun 2012, warga India menghabiskan 233 ton produk pemutih dalam tempoh setahun. Jumlah ini lebih besar daripada penggunaan Coca-Cola dan penggunaannya terus bertambah sekitar 18 peratus setiap tahun.

5. Vietnam

Wanita Vietnam yang memiliki kulit gelap tergolong dalam masyarakat kelas menengah dan ke bawah. Disebabkan oleh perkara tersebut, wanita Vietnam sanggup melakukan pelbagai cara untuk menjaga kulit agar tidak gelap kerana pancaran matahari. Salah satu cara yang dilakukan oleh mereka adalah dengan menutupi seluruh tubuh dengan topeng muka, sarung tangan atau kain.
Cara Unik 5 Wanita Negara Asia Elak Kulit Gelap Cara Unik 5 Wanita Negara Asia Elak Kulit Gelap Reviewed by Unknown on Wednesday, February 01, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.