banner image

"Abang Wan Tu Suami Aku,"- Win Habis Kakak Ni Bahan Baby Ara


Nama Baby Ara memang bikin panas selepas video-videonya tular di media sosial. Bermula dari pengakuannya tidak menyukai lelaki bermata sepet, ketiak hitam dan bermisai menjadikan dirinya menerima kecaman hebat dari netizen.

Tak cukup dengan itu, banyak pula video Baby Ara yang suka memakai pakaian menjolok mata dan menampakkan lurah-lurah yang tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka dan parodi.

Terbaru, seorang pengguna Facebook menggunakan nama sebagai Nurhayati Tahir membalas kenyataan Baby Ara dalam sebuah rakaman video yang sangat melucukan sampai membuatkan ramai ketawa terbahak-bahak.

Semua bermula apabila Nurhayati tidak berpuas hati dengan video Baby Ara yang mendakwa Abang Wan penipu kerana mungkir janji untuk membelikannya iPhone 7.

Kebetulan pula nama suami Nurhayati ini adalah Wan, dan apa lagi habislah Baby Ara dijadikan bahan jenaka di dalam video ini. 


"Baby Ara kalau nak iPhone 7 Baby Ara kerja, bukan minta kat suami aku, ee Baby Ara ni" sambil menggunakan nada dan mimik muka yang melucukan.

Netizen yang melihat video tersebut masing-masing terhibur dan menyokong nasihat yang diberikan Nurhayati buat Baby Ara.

"Hahahhaha... sempoi kakak,muka selamba je, Baby ara jangan sampai kakak ni meletup. Nak kerja simpan duit .Takmalu ke minta kat laki orang. Nak beli simpan duit bukannya mintak." 

Kadang-kadang dalam jenaka sebegini, terselit mesej yang sangat mendalam. Siapa setuju?
"Abang Wan Tu Suami Aku,"- Win Habis Kakak Ni Bahan Baby Ara "Abang Wan Tu Suami Aku,"- Win Habis Kakak Ni Bahan Baby Ara Reviewed by Unknown on Friday, May 12, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.