banner image

Lebih 7 Ribu Share, Resepi Ayam Halia Versi Cina Ini Wajib Di Cuba!


Perasan tak, kadang-kadang tak perlu pun bersusah-payah nak memasak sesuatu yang terlalu rumit untuk dihidangkan kepada keluarga.

Cukup sekadar masakan yang mudah tapi ianya boleh menjadi sangat istimewa kerana hasil dari air tangan sendiri.

Macam resipi ayam halia yang mendapat beribu perkongsian ini, menu biasa tapi tetap ada kelainannya yang tersendiri.

Sedap dimakan panas-panas dengan nasi, masakan Ayam Halia versi Cina ini wajib untuk dicuba.

Bahan-bahan:

500 gram ayam, potong kecil

4 ulas bawang putih, hiris nipis

2 cm halia, dihiris halus memanjang

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar sos tiram

1 biji bawang besar, hiris nipis membulat

1 biji cili merah, hiris nipis

1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm

1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

minyak masak, untuk goreng ayam

sedikit lada sulah atau lada hitam

sedikit garam dan kunyit

garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau dan jangan biarkan bawang putih jadi hangus.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Siap.

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: FB Makan Sedap
Lebih 7 Ribu Share, Resepi Ayam Halia Versi Cina Ini Wajib Di Cuba! Lebih 7 Ribu Share, Resepi Ayam Halia Versi Cina Ini Wajib Di Cuba! Reviewed by Unknown on Monday, May 08, 2017 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.